Jata Selangor
Perbendaharaan Selangor
Official Portal
Frequently Asked Questions

FAQs

Hubungi Perbendaharaan Negeri Selangor

Contact Us

Website Sitemap

Sitemap

Fi Kelestarian Di Negeri Selangor

Adalah dimaklumkan bermula 1 Januari 2026, Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan pengenaan Fi Kelestarian kepada semua pelancong tempatan dan antarabangsa yang mendaftar masuk ke premis penginapan pelancongan berlesen di seluruh negeri. Fi ini akan dikenakan secara harian mengikut kategori penginapan sepanjang tempoh penginapan.

Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan pelancongan yang mampan dan lestari, selaras dengan aspirasi Dasar Pelancongan Negara 2020–2030.

Fi Kelestarian bukan sekadar kutipan, tetapi komitmen bersama ke arah pelancongan yang bertanggungjawab dan berimpak positif kepada alam sekitar serta komuniti setempat. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada usaha ini.

Untuk memuat turun Garis Panduan, sila ke menu Perkhidmatan -> Fi Kelestarian Negeri Selangor  atau Muat Turun -> Pekeliling dan Surat Pekeliling-> Surat dan Garis Panduan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di talian 03-5544 7596 / 7597 / 7599.

Accessibility

WordPress Image Lightbox Plugin
Bilangan Penerima Bantuan Mengikut Jenis Bantuan, Kaum Dan Daerah Di Negeri Selangor
e-Participation Policy
splwpk-freedom splwpk-Publicising MyHRMIS Mobile
No latest announcement