Jata Selangor
Perbendaharaan Selangor
Official Portal
Frequently Asked Questions

FAQs

Hubungi Perbendaharaan Negeri Selangor

Contact Us

Website Sitemap

Sitemap

FAQ

Dikemaskini: 17 Oct 2022, 02:00 pm - administrator | 2441 hit(s)
  1. Kenapa sistem SPEKS tidak boleh dibuka?
    Kemungkinan terdapat masalah rangkaian di jabatan/PTJ sendiri. Lihat komputer yang lain samaada sistem SPEKS boleh digunakan atau tidak. Minta teknikal di jabatan/PTJ lihat modem/switch berfungsi atau tidak. Sekiranya masih tidak dapat menggunakan sistem SPEKS hubungi Unit Komputer Perbendaharaan Negeri Selangor.
  2. Skrin laporan sistem SPEKS tertutup sendiri apabila butang proses/cetak ditekan.
    Ini disebabkan terdapat pop-up blocker pada IE anda. Sila buang semua jenis toolbar yang ada pada PC kemudian semak semula sama ada laporan dapat dipapar atau tidak.
  3. Skrin sistem SPEKS tertutup dengan sendiri setelah ikon speks_slgr diklik?
    Kemungkinan besar spyware telah menyerang pc tersebut. Pastikan antivirus sentiasa diselenggara dan dikemaskini. Minta teknikal jabatan/PTJ memeriksa komputer tersebut. Buang semua toolbar yang ada.
  4. Bila sistem SPEKS boleh digunakan?
    Sistem SPEKS boleh digunakan setiap hari termasuk cuti umum. Sistem hanya ditutup sekiranya proses naik taraf dan kemaskini sistem sedang dijalankan sama ada waktu bekerja atau rehat.
  5. Siapa yang harus dihubungi sekiranya terdapat masalah dengan perjalanan sistem SPEKS?
    Sila hubungi Unit Perunding SPEKS untuk bantuan berkaitan perjalanan Aplikasi dan prosidur sistem atau hubungi Unit Komputer bagi permasalahan teknikal.
  6. Adakah cetak asal resit boleh dilakukan semula?
    Tidak, cetak asal resit hanya boleh dilakukan sekali sahaja. Cetak salinan boleh dilakukan berulang kali.
  7. Bagaimanakah cara untuk hilangkan kotak loceng berwarna hijau keluar sebanyak 4 kali pada skrin utama?
    Masukkan file “webutil.speks_slgr.properties” dalam folder Windows (C:) > Program Files (x86) > Java > Jre6
  8. Kenapakah keluar error “Active X filtering”?
    Pastikan aplikasi Java di install dalam folder “Program files (x86)”
  1. Bagaimanakah pengguna boleh reset kata laluan melalui Sistem eSPEKS?
    Pengguna boleh reset kata laluan sendiri. Pergi ke log masuk pengguna,  kemudian tekan butang ‘Lupa Kata Laluan’. Kata laluan sementara akan dihantar melalui emel yang didaftarkan untuk sistem eSPEKS.
  2. Bagaimana untuk mendapatkan Penyata Tahunan di sistem eSPEKS?
    Pengguna boleh mendapatkan Penyata Tahunan menerusi sistem eSPEKS. Pergi ke log masuk pengguna, kemudian login dan pilih pada hyperlink eEC. Pengguna boleh pilih tahun yang dikehendaki. Untuk makluman, data Penyata Tahunan cuma disimpan untuk tempoh dua (2) tahun sahaja. Pengguna digalakkan untuk membuat simpanan selepas log masuk eEC.
  3. Adakah Pekerja Sambilan Harian (PSH) atau Contract for Service (CFS) layak untuk mendaftar di sistem eSPEKS?
    Tidak layak, sistem eSPEKS cuma menerima data yang dikunci masuk melalui sistem payroll sahaja.
  4. Sekiranya  terdapat masalah pada maklumat penyata gaji, dengan siapa perlu berhubung?
    Pengguna perlu menghubungi bahagian gaji di pentadbiran jabatan yang berkhidmat terlebih dahulu.
  5. Sekiranya lupa kata laluan emel yang didaftarkan untuk sistem eSPEKS, apakah yang perlu dibuat?
    Pengguna boleh menghubungi pegawai helpdesk di Perbendaharaan Negeri Selangor menerusi talian 03-5544 7230/7304 dan 03-5521 2333/2357 atau emelkan ke pwn_helpdesk@selangor.gov.my.

Accessibility

WordPress Image Lightbox Plugin
Bilangan Penerima Bantuan Mengikut Jenis Bantuan, Kaum Dan Daerah Di Negeri Selangor
e-Participation Policy
splwpk-freedom splwpk-Publicising MyHRMIS Mobile
No latest announcement