Adalah dimaklumkan bermula 1 Januari 2026, Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan pengenaan Fi Kelestarian kepada semua pelancong tempatan dan antarabangsa yang mendaftar masuk ke premis penginapan pelancongan berlesen di seluruh negeri. Fi ini akan dikenakan secara harian mengikut kategori penginapan sepanjang tempoh penginapan.
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan pelancongan yang mampan dan lestari, selaras dengan aspirasi Dasar Pelancongan Negara 2020–2030.
Fi Kelestarian bukan sekadar kutipan, tetapi komitmen bersama ke arah pelancongan yang bertanggungjawab dan berimpak positif kepada alam sekitar serta komuniti setempat. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada usaha ini.
Untuk memuat turun Garis Panduan, sila ke menu Perkhidmatan -> Fi Kelestarian Negeri Selangor atau Muat Turun -> Pekeliling dan Surat Pekeliling-> Surat dan Garis Panduan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di talian 03-5544 7596 / 7597 / 7599.




