Fungsi MBJ
Majlis Bersama Jabatan (MBJ) merupakan platform rasmi yang menitikberatkan aspek kebajikan warga kerja dalam sesebuah organisasi. Segala isu berkaitan dengan keadaan bekerja dan kebajikan pekerja boleh dibincangkan dalam MBJ, kecuali perkara yang menyentuh dasar Kerajaan atau isu berbentuk peribadi. MBJ juga berfungsi sebagai mekanisme dialog dua hala antara pihak pengurusan dan wakil pihak pekerja bagi memastikan kepentingan dan kebaikan organisasi.
Keahlian MBJ
Keahlian MBJ di Perbendaharaan Negeri Selangor terdiri daripada Perwakilan Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja. Pelantikan Pihak Pekerja adalah dipilih melalui undian bagi setiap dua (2) tahun sekali. Keahlian Pihak Pegawai adalah terdiri daripada Pengerusi, Ahli dan Setiausaha. Manakala Perwakilan Pihak Pekerja dilantik berdasarkan komposisi skim perkhidmatan/gred/bahagian/Kumpulan.
Kekerapan Mesyuarat
Mesyuarat MBJ hendaklah diadakan sebanyak tiga (3) kali setahun, iaitu sekali setiap empat (4) bulan. Namun dalam keadaan tertentu, jabatan boleh melaksanakan mesyuarat MBJ lebih daripada tiga (3) kali setahun, tertakluk kepada keperluan dan keputusan Pengerusi MBJ jabatan.




