Dimaklumkan, YAB Dato’ Seri Menteri Besar Selangor telah mengumumkan inisiatif Moratorium Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri Selangor melalui Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor pada 19 Jun 2026. Inisiatif ini memberi penangguhan bayaran semula pinjaman perumahan untuk tempoh tiga (3) bulan yang bertujuan membantu Penjawat Awam yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi mendepani ketidaktentuan ekonomi global susulan krisis geopolitik di Asia Barat.
Maklumat lanjut mengenai inisiatif ini boleh diperoleh melalui surat edaran seperti di lampiran dan yang telah dikemukakan kepada jabatan masing-masing.
Lampiran :





