Jata Selangor
Perbendaharaan Selangor
Portal Rasmi
Info Koporat

Piagam Pelanggan

Dikemaskini: 3 Dis 2022, 12:24 am - administrator | 2337 hit(s)
Perbendaharaan Negeri Selangor berjanji akan:
  1. Mengeluarkan Waran Am dan Waran Peruntukan tidak lewat daripada 31 Disember.
  2. Memberi ulasan Perbendaharaan ke atas Kertas Ringkasan MMKN dalam tempoh 7 hari daripada tarikh penerimaan tertakluk  kepada  kesempurnaan maklumat Kertas-Kertas MMKN berkenaan.
  3. Memberi keputusan Pindah Peruntukan Mengurus dan Pembangunan tidak lewat daripada 7 hari daripada tarikh penerimaan permohonan tertakluk kepada kesempurnaan kertas-kertas permohonan.
  4. Memberi keputusan ke atas permohonan yang lengkap bagi mendapatkan pengecualian dari peraturan kewangan semasa dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan diterima.
  5. Mengakaunkan penerimaan hasil dalam tempoh 5 hari dari tarikh penerimaan Penyata Pemungut.
  6. Menyiapkan cek dalam tempoh 5 hari bagi baucar yang sempurna.
  7. Memproses permohonan pinjaman anak syarikat/badan berkanun/agensi bagi pertimbangan MMKN dalam tempoh 4 minggu.
  8. Menjawab pertanyaan/pemerhatian Jabatan Audit Negara mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara/ Arahan Perbendaharaan.
  9. Menguruskan pembayaran gaji bulanan kepada kakitangan Kerajaan Negeri berpandukan kepada tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara.
  10. Menyiapkan cek ganti dalam tempoh 5 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  11. Memproses baucar pembayaran bekalan/perkhidmatan/kerja kepada pembekal tidak lewat 14 hari dari tarikh penerimaan invois dan tuntutan-tuntutan.
  12. Memproses permohonan pulangan balik hasil yang lengkap dalam tempoh 14 hari.

Accessibility

WordPress Image Lightbox Plugin
Bilangan Penerima Bantuan Mengikut Jenis Bantuan, Kaum Dan Daerah Di Negeri Selangor
Polisi e-Penyertaan
splwpk-freedom splwpk-Publicising MyHRMIS Mobile
No latest announcement