Jata Selangor
Perbendaharaan Selangor
Portal Rasmi
Perkhidmatan

Tatacara Kira Kira Wang Tunai (KKWT)

Dikemaskini: 28 Jun 2023, 11:37 am - administrator | 6599 hit(s)

1.Pastikan Buku Tunai Cerakinan direkodkan dengan lengkap di setiap ruangan berikut :  

  1.   Bulan terimaan di bahagian atas pada helaian pertama bulan semasa di buku tunai;
  2. Tarikh;
  3. Nombor Resit;
  4. Jumlah Resit;
  5. Pengelasan kod terimaan hasil / amanah;
  6. Jumlah Harian; dan
  7. Pembayaran Kepada Perbendaharaan (Banyaknya, Tarikh dan Nombor Resit Perbendaharaan)

 

2.Mulakan setiap helaian Buku Tunai Cerakinan yang ke-2 dan seterusnya dengan :

  1. Baki bawa dari muka surat sebelumnya; dan
  2. Ditulis pada baris yang pertama sebelum catatan terimaan seterusnya dibuat.

 

3.Ringkasan Terimaan pada helaian akhir setiap bulan perlu disediakan dengan butiran seperti berikut :

  1. Merekodkan jumlah keseluruhan pungutan bulan semasa dan bulan – bulan sebelum mengikut kod pengelasan; dan
  2. Merekodkan pelarasan

 

4.Senarai semak yang perlu dipatuhi sebelum menghantar Penyata Kira Kira Wang Tunai ke Perbendaharaan :

4.1. Dokumen – dokumen berikut disertakan untuk diaudit :

4.1.1  Borang Kira – Kira Diserahkan Untuk Audit (Kew. 253)

4.1.2  Buku Tunai  Cerakinan (Kew. 248)

4.1.3  Buku Tunai Serahan (Kew. 249) – sekiranya berkaitan

4.1.4   Resit Rasmi Salinan Audit (Kew. 38) / SPEKS / Audit Roll

4.1.5   Penyata Borang – Borang Hasil Yang Dikawal (Kew.68)

4.1.6   Penyata Pemungut (Kew.305 / Kew. 305E)

4.1.7   Resit batal

4.1.8   Borang contoh tandatangan – sekiranya ada perubahan pegawai.

4.1.9   Daftar Borang Hasil (Kew. 67) – sekiranya ada perubahan stok borang hasil.

 

4.2 Semakan catatan di Buku Tunai (Kew. 248 / Kew. 249):

4.2.1    Nombor siri Buku Tunai hendaklah bersambung dengan bulan lepas;

4.2.2    Tarikh dan nombor siri resit yang digunakan telah direkodkan dengan betul dan bersambungan dengan bulan lepas serta berturutan [AP 144];

4.2.3    Campuran jumlah harian adalah betul dan ditandatangani ringkas serta dicatitkan tarikh oleh seorang pegawai yang lain daripada pegawai yang mencatitkan urusniaga di Buku Tunai [ AP 80 ( b ) ];

4.2.4    Tarikh dan nombor penyata pemungut direkodkan adalah betul.

4.2.5    Resit Rasmi Perbendaharaan dicatatkan [AP 80 (e)];

4.2.6    Jumlah terimaan direkodkan mengikut kod pengelasan yang telah diluluskan pada tahun tersebut [AP 141]; dan

4.2.7    Helaian akhir buku tunai terdapat maklumat berikut :

  1. Disediakan oleh  : Tandatangan , Nama dan Jawatan
  2. Disemak oleh       : Tandatangan , Nama dan Jawatan

 

4.3. Semak Resit ( Kew.38 ) :

4.3.1    Buku resit disemak dan diperakui [AP 66 (a)];

4.3.2    Jumlah dalam angka yang terdapat pada resit  sama dengan jumlah yang terdapat dalam perkataan;

4.3.3    Kutipan yang menggunakan cek , bank draf , kiriman wang dan wang pos dicatitkan nombornya di atas resit;

4.3.4    Resit tidak DIPINDA [AP 62 (a) & (b)];

4.3.5    Resit ditandatangani [AP 63 (a)];

4.3.6    Stok resit yang digunakan adalah berturutan [AP 66 (c)]; dan

4.3.7    Resit ditulis menggunakan kertas karbon [AP 70(a)].

 

4.4. Semak Penyata Pemungut :

4.4.1    Butir – butir berikut dicatitkan pada penyata pemungut :

  1. Jumlah yang dibayar masuk ke bank
  2. Tempoh pungutan
  3. Kod pengelasan Hasil / Amanah
  4. Tarikh serahan
  5. Adakah butir – butir tersebut diletakkan di medan yang betul (contohnya hasil mestilah di medan objek manakala Amanah di medan Program / –Aktiviti / Amanah)

 

4.4.2       Terimaan disahkan oleh Bank (machine printed / cop bank);

4.4.3       Penyata pemungut disemak semula oleh pegawai setelah terimaan dibankkan [ AP 80 (d) ];

4.4.4       Jumlah kutipan yang terdapat di Buku Tunai sama dengan jumlah penyata pemungut;

4.4.5       Kutipan dimasukan ke bank pada masa yang di tetapkan [AP 78 (a)]; dan

4.4.6       Jumlah kutipan yang diterima dibankkan sepenuhnya.

 

4.5   Semakan jika kutipan menggunakan mesin :

4.5.1      Pastikan jumlah pungutan harian yang terdapat di audit roll sama dengan jumlah yang terdapat di dalam Buku tunai;

4.5.2    Pastikan tiada apa – apa perubahan dilakukan ke atas audit roll; dan

4.5.3    Tentukan perubahan itu dinyatakan sebabnya dan tandatangan oleh juruwang dan pegawai yang bertanggungjawab.

Penghantaran Penyata Kira Kira Wang Tunai (KKWT) Hendaklah Dihantar Sebelum atau Pada 10hb Bulan 

Accessibility

WordPress Image Lightbox Plugin
Bilangan Penerima Bantuan Mengikut Jenis Bantuan, Kaum Dan Daerah Di Negeri Selangor
Polisi e-Penyertaan
splwpk-freedom splwpk-Publicising MyHRMIS Mobile
No latest announcement