Page 9 - Penyata Kewangan
P. 9

PENGHARGAAN

                                     PEGAWAI KEWANGAN NEGERI SELANGOR


                     Alhamdulillah,  Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor  Tahun 2020 telah
                     sempurna  diaudit oleh Jabatan Audit Negara Malaysia dan  berjaya mengekalkan
                     Sijil Audit Bersih pada 27 Ogos 2021.  Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah
                     kepada semua pihak yang terlibat di dalam penyediaan dan pengauditan Penyata
                     Kewangan  Kerajaan Negeri  Selangor  Tahun 2020.    Kejayaan ini  sudah tentunya
                     terhasil daripada usaha, dedikasi, komitmen dan semangat kerja berpasukan yang
                     ditunjukkan oleh warga kerja Perbendaharaan Negeri Selangor.  Budaya kerja
                     cemerlang ini seharusnya dikekalkan  dan diteruskan pada setiap  masa  demi
                     memastikan  Visi  Menerajui Kecemerlangan  Dalam Perkhidmatan dan
                     Pengurusan Kewangan Berintegriti dicapai.

                     Tahun 2020 menyaksikan penularan  Pandemik  Covid-19 yang  melanda seluruh
                     dunia  dan Negeri Selangor  turut  menerima impaknya.  Fenomena ini telah
                     memberikan cabaran yang  luar biasa  kepada  Perbendaharaan Negeri Selangor
                     khususnya dan Kerajaan Negeri Selangor  amnya dalam memastikan  Sistem
                     Penyampaian Awam  dalam pengurusan kewangan  Negeri berada di  tahap  yang
                     cemerlang.  Pelaksanaan Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan  Negeri Selangor
                     (iSPEKS)  pada 8 Januari 2020 telah  banyak  membantu meningkatkan  kecekapan
                     pengurusan kewangan melibatkan terimaan hasil, bayaran dan pelaporan kewangan
                     kepada pemegang-pemegang taruh di mana capaian kepada maklumat kewangan
                     dapat dibuat dengan cepat bagi tujuan pembuatan keputusan yang berkesan.

                     Meskipun berdepan  dengan cabaran yang luar  biasa, prestasi dan  kedudukan
                     kewangan Kerajaan  Negeri Selangor  Tahun 2020  terus  kekal stabil apabila
                     mencatatkan lebihan kewangan sebanyak RM93.22 juta. Lebihan ini disumbangkan
                     oleh kecekapan  kutipan hasil  Kerajaan  Negeri  yang melepasi sasaran apabila
                     berupaya merekodkan kutipan sebanyak  RM2,257.65  juta atau  2.62  peratus  lebih
                     tinggi  daripada sasaran sebanyak RM2,200  juta.  Selain itu, kawalan  perbelanjaan
                     yang berhemah dan berkesan telah berjaya menghasilkan penjimatan yang
                     diperlukan oleh Kerajaan Negeri  apabila  prestasi  perbelanjaan mengurus
                     merekodkan  perbelanjaan  berjumlah RM1,216.18 juta atau 94.81%   daripada
                     RM1,282.82 yang dibelanjawankan. Manakala  prestasi perbelanjaan pembangunan
                     pula   merekodkan  perbelanjaan berjumlah  RM948.25 juta atau  83.69%  daripada
                     RM1,133.00 yang dibelanjawankan.    Kejayaan ini telah  menyumbang kepada
                     peningkatan rezab Kerajaan Negeri yang dipegang melalui Akaun Hasil Disatukan
                     kepada RM383.42 juta pada 31 Disember 2020.

                     Perbendaharaan Negeri Selangor  akan terus  komited  dalam merencana dan
                     merumus strategi kewangan yang berkesan bagi memastikan kedudukan kewangan
                     Kerajaan  Negeri  Selangor  sentiasa berdaya  tahan dan dapat  memenuhi  obligasi
                     sosial serta keperluan pembangunan ekonomi Negeri Selangor.



                     DATO’ HAJI HARIS BIN KASIM D.P.M.S., S.I.S., A.S.A., P.P.T.
                     Pegawai Kewangan Negeri Selangor



                                                          PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR 2020 | v



                                                 Penyata  Kewangan  Kerajaan Negeri  Selangor  2020                  v



         WJD21-0658 T.PAGE.indd   5                                                                               18/10/2021   9:45 AM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14