Page 6 - Penyata Kewangan
P. 6
PENYATA KEWANGAN
NEGERI SELANGOR 2020
Penyata Kewangan Negeri Selangor disediakan oleh Perbendaharaan
Negeri Selangor mengikut kehendak Seksyen 16(1) Akta Tatacara
Kewangan 1957 [Akta 61] dan diaudit oleh Ketua Audit Negara
sebelum dibentangkan di Dewan Negeri Selangor mengikut kehendak
Seksyen 16(2) Akta yang sama.
Penyediaan Penyata Kewangan Negeri Selangor adalah untuk
menunjukkan kedudukan kewangan, aliran wang tunai dan prestasi
kewangan. Penyata ini melaporkan urus niaga kewangan berkaitan
punca dan penggunaan sumber kewangan seperti yang telah
diperuntukkan oleh Dewan Negeri Selangor bagi tahun kewangan
2020.
Persembahan Penyata Kewangan Negeri Selangor adalah selaras
dengan amalan terbaik bagi memudahkan pemahaman dan analisis
oleh pengguna penyata kewangan. Penyata ini mengandungi Penyata
Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang
Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum
dan Nota Kepada Penyata Kewangan.
PENYATA KEWANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR 2020 | iii
ii Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor 2020
WJD21-0658 T.PAGE.indd 2 18/10/2021 9:45 AM

