Untuk makluman semua mulai 20 Julai 2025 (Ahad), Perbendaharaan Negeri Selangor memperkenalkan bayaran Cukai Hiburan yang boleh dijelaskan melalui Aplikasi Citizen E-Payment Smart Selangor (CePAT).
Oleh yang demikian, pengguna / pembayar Cukai Hiburan boleh memilih kaedah bayaran melalui Sistem Citizen E-Payment (CePAT) selain kaedah bayaran di kaunter Cukai Hiburan, Tingkat 8, Bangunan SSAAS, Shah Alam.
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-5544 7248 / 7188 untuk maklumat lanjut.




