Adalah dimaklumkan bermula 1 Januari 2026, Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan pengenaan Fi Kelestarian kepada semua pelancong tempatan dan antarabangsa yang mendaftar masuk ke premis penginapan pelancongan berlesen di seluruh negeri. Fi ini akan dikenakan secara harian mengikut kategori penginapan sepanjang tempoh penginapan.
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan pelancongan yang mampan dan lestari, selaras dengan aspirasi Dasar Pelancongan Negara 2020–2030.
Untuk memuat turun Garis Panduan, sila ke menu Perkhidmatan -> Fi Kelestarian Negeri Selangor atau Muat Turun -> Pekeliling dan Surat Pekeliling-> Surat dan Garis Panduan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di talian 03-5544 7596 / 7597 / 7599.
_______________________________________________________________________________________________________________________________
Fi Kelestarian juga bertujuan untuk:
-
- Menampung kos pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur berkaitan pelancongan bagi meningkatkan kualiti pengalaman kepada pelancong yang berkunjung ke Negeri Selangor;
- Membiayai inisiatif yang bertujuan menjaga keindahan alam seperti pemuliharaan kawasan semula jadi dan perlindungan biodiversiti;
- Menjamin kelangsungan dan kelestarian industri pelancongan di Negeri Selangor dalam jangka masa panjang; dan
- Meningkatkan imej Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan yang lestari dan mampan.
Fi Kelestarian bukan sekadar kutipan, tetapi komitmen bersama ke arah pelancongan yang bertanggungjawab dan berimpak positif kepada alam sekitar serta komuniti setempat. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada usaha ini.




