ori    4    5    6    7    8    Font Kecil    Font Pertengahan    Font Besar    Font Hitam    Font Merah   Font Biru   Font Hijau

Bahasa : Malay | English | Chinese | Tamil

         

 

 

selangorku
CARIAN 
  Selamat Datang Pelawat   [ Log In | Daftar | Lupa Kata Laluan ]

  Rabu, 20hb September 2017  

 

Bil. Pelawat

Pelawat
Hari ini Hari Ini 245
Semalam Semalam 276
Minggu ini Minggu Ini 757
Minggu lepas Minggu Lepas 2945
Bulan ini Bulan Ini 6866
Bulan lepas Bulan Lepas 13105
Keseluruhan Keseluruhan 1187065

 

Penafian

PENAFIAN : Perbendaharaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

 

ARKIB

Hari Mesra Bersama LHDN 

 

Perbendaharaan Negeri Selangor bersama  Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbendaharaan akan menganjurkan ' Hari Mesra Bersama LHDN'.

 

(Arkib 06-Mei-2015 )

PEKELILING - PP 04/2015 

 

Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Dan Hasil Tahun 2016.

Pekeliling Perbendaharaan ini adalah bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Pegawai Pengawal bagi penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Mengurus, Pembangunan dan Anggaran Hasil tahun 2016.

 

Muat Turun Pekeliling PP 04/2015

Muat Turun Lampiran A,B dan C

(Arkib 06-Mei-2015 )

PEKELILING - PP 03/2015

Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Dewan Negara Negeri Selangor.

 

Pekeliling Perbendaharaan ini adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada Ahli Dewan Negara Negeri Selangor dan Pegawai Daerah selaku pegawai pengawal mengenai penggunaan peruntukan Ahli Dewan Negara di setiap pejabat Daerah dan Tanah bagi memastikan pengurusan peruntukan ini adalah selari dengan prinsip keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan.

 

Muat Turun Pekeliling PP 03/2015

(Arkib 06-Mei-2015 )

PEKELILING - PP 02/2015

Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Parlimen.

 

Pekeliling Perbendaharaan ini adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada Ahli Parlimen dan Pegawai Daerah selaku Pegawai Pengawal mengenai penggunaan peruntukan Ahli Parlimen bagi pelaksanaan projek-projek kecil, sumbangan kemasyarakatan, sumbangan kecemasan dan program Mesra Rakyat.

 

Muat Turun Pekeliling PP 02/2015

(Arkib 06-Mei-2015 )

PEKELILING - PP 01/2015

Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Dan Ahli Dewan Negeri Selangor.

 

Pekeliling Perbendaharaan ini adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN), Ahli Dewan Negeri (ADN) selangor dan pegawai Daerah selaku Pegawai Pengawal mengenai penggunaan Akaun Khas peruntukan AMMKN dan ADN di setiap Pejabat Daerah dan Tanah bagi memastikan pengurusan peruntukan ini adalah selari dengan prinsip keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan.

 

 Muat Turun Pekeliling PP 01/2015

(Arkib 06-Mei-2015 )

Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2015

Tujuan surat ini adalah bertujuan untuk memaklumkan tarikh-tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2015 dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua Jabatan / PTJ.

Muat Turun Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2015

(Arkib 09-Mar-2015 )

Tatacara Pengendalian Akaun Transit Panjar Bendahari Negeri

Panduan ini dikeluarkan bertujuan untuk menjelaskan mengenai tatacara dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ), Pejabat Bendahari Negeri, Perbendaharaan Negeri Selangor dan Bank dalam melaksanakan Akaun Transit Panjar Bendahari Negeri.

Muat Turun Tatacara Pengendalian Akaun Transit Panjar

(Arkib 09-Mar-2015 )

[RALAT NO. PEKELILING] - Penutupan Akaun Kerajaan Negeri Tahun Kewangan 2014

Pekeliling ini bertujuan untuk menetapkan garis panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan bagi Penutupan Akaun Kerajaan Negeri bagi Tahun Kewangan 2014.

02/01/2015: [Ralat No. Pekeliling] Nombor Pekeliling ini telah dipinda kepada Pekeliling Bil 6 Tahun 2014 

Muat Turun Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor

(Arkib 09-Mar-2015 )

MAKLUMAN - Perpindahan Bahagian Khidmat Pengurusan Tingkat 12 ke Tingkat 11

Makluman perpindahan Bahagian Khidmat Pengurusan, Perbendaharaan Negeri Selangor dari tingkat 12 ke tingkat 11 kerana kerja-kerja pengubahsuaian ruang pejabat.

  

Dimaklumkan bahawa, Pentadbiran ini akan menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian pejabat mulai 23 Jun 2014 hingga 02 Februari 2015. Semua pegawai dan kakitangan Pentadbiran ini kecuali YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri akan beroperasi sementara waktu di Tingkat 11, Unit Teknologi Maklumat, Perbendaharaan Negeri Selangor.

 

Sehubungan itu, sepanjang tempoh pengubahsuaian tersebut dilaksanakan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Perbendaharaan Negeri Selangor akan beroperasi di alamat berikut        :

 

Perbendaharaan Negeri Selangor

Bahagian Khidmat Pengurusan

Tingkat 11,

Bangunan SSAAS

40592 SHAH ALAM.

 

Telefon     :        03-55447360 (Pentadbiran / Kewangan)

                             03-55212201 (Pentadbiran)

                             03-55447210 (Sumber Manusia)

                             03-55447214 (Kewangan)

                             03-55212369 (Pengurusan Aset / Stor)

  

Faks          :        03-55106255

  

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

 

Sekian, terima kasih.

 

KHAIRUL AIZAWATI BINTI KHALID

Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri.

(Arkib 02-Feb-2015)

SURAT PEKELILING - Pemberian Cenderamata Kepada YAB DATO' Menteri Besar Selangor Oleh Jabatan/Agensi

Dimaklumkan bahawa, YAB Dato Menteri Besar telah mengarahkan tiada sebarang pemberian cenderamata kepada beliau oleh Jabatan/Agensi Kerajaan semasa program turun padang dilaksanakan.

Muat Turun Surat Pekeliling SUK Bilangan 4 Tahun 2014

(Arkib 02-Feb-2015)

Gangguan Capaian Sistem Perbendaharaan Negeri Selangor

Dimaklumkan bahawa sistem SPEKS dan system-system lain yang dihoskan di Perbendaharaan Negeri Selangor akan ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kerja-kerja Menyelenggara Sistem Bekalan Elektrik Kompleks Ibu Pejabat Kerajaan Selangor oleh pihak Unit Pengurusan Bangunan SSAAS dan Tenaga Nasional Berhad dalam tempoh masa seperti yang dinyatakan

GANGGUAN CAPAIAN SISTEM SPEKS DAN SISTEM LAIN

Perhatian Kepada:

Semua Pengguna Sistem SPEKS Dan Sistem Lain

Tarikh / Masa Mula:

26 Disember 2014 (Jumaat) / 11.00 mlm

Tarikh / Masa Tamat:

27 Disember 2014 (Sabtu) / 12.00 tgh hari

Kerja-kerja/Tujuan/Sebab:

Dimaklumkan bahawa sistem SPEKS dan sistem lain yang dihoskan di Perbendaharaan Negeri Selangor akan ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kerja-kerja Menyelenggara Sistem Bekalan Elektrik Kompleks Ibu Pejabat Kerajaan Selangor oleh pihak Unit Pengurusan Bangunan SSAAS dan Tenaga Nasional Berhad dalam tempoh masa seperti yang dinyatakan di atas.

Kesan kepada Pengguna yang terlibat:

Sehubungan dengan itu, sepanjang tempoh tersebut sistem SPEKS tidak dapat dicapaiAdalah disarankan supaya sebarang aktiviti melibatkan sistem tersebut dilakukan sebelum atau selepas waktu yang dinyatakan.

Tindakan yang perlu diambil:

Diminta untuk memaklumkan perkara ini kepada semua kakitangan yang menggunakan sistem SPEKS.

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi:

            Unit Teknologi Maklumat Perbendaharaan

            En. Zulhilmi Bin Che Azizan (03-55447223)

            Pn. Nazihah Binti Abd Rahman (03-55447229/7231)

            En. Muhammad Nor Azlanshah Bin Ahmad Shahrin (03-55447304)

            Pn. Rabiatul Adawiyah Binti Abdul Rahaman (03-55447229)

            Cik Nurfazila Binti Abd Rahaman(03-55447230)

            En. Mohd Farkhan Bin Mohd Yusof(03-55212333)

            En Mohd Suhaimi Bin Abd Rahman (03-55212357)

            Pn. Saodah Binti Hanafiah (03-55447230)

 

Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

 

B.P:

Zulhilmi Bin Che Azizan

PPWN (IT)

Unit Teknologi Maklumat

Perbendaharaan Negeri Selangor

(Arkib 02-Feb-2015)

PEKELILING - Peruntukan Kereta Rasmi Jawatan (KRJ) 

Tujuan pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan dasar dan peraturan semasa yang terpakai berkaitan dengan penggunaan kereta rasmi kerajaan selaras dengan arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Muat Turun

(Arkib 02-Jan-2015)

(Dikemaskini pada 2015-05-06 22:36:33)
Notis Penender Berjaya PWNSEL/DS06/2014 

 

(Arkib 31-Disember-2014)

Notis Penender Berjaya PWNSEL/DS05/2014 

(Arkib 31-Disember-2014)

MAKLUMAN - Pelaksanaan Kontrak Pusat Dan Kontrak Pusat Sistem Panel (Kontrak Panel) 

Dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Telah Memutuskan Untuk Menambahbaik Kontrak Pusat Dan Kontrak Panel Kementerian Kewangan

MUAT TURUN

(Arkib 04-Disember-2014)

Makluman - Fatwa Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama 

Sukacita bersama-sama ini dipanjangkan sesalinan keputusan Fatwa Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama yang telah diwartakan pada 31 Julai 2014.

MUAT TURUN

 (Arkib 04-Disember-2014)

Sebutharga - PWNSEL/DS06/2014

 

(Arkib 04-Disember-2014)

Sebutharga - PWNSEL/DS05/2014

(Arkib 04-Disember-2014)

PEKELILING - Peruntukan Kereta Rasmi Jawatan (KRJ)

Tujuan pekeliling ini dikeluarkan untuk memaklumkan dasar dan peraturan semasa yang terpakai berkaitan dengan penggunaan kereta rasmi kerajaan selaras dengan arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Muat Turun

(Arkib 04-Disember-2014)

Notis Penender Berjaya PWNSEL/DS03/2014

 

(Arkib 23-Oktober-2014)

Notis Penender Berjaya PWNSEL/DS02/2014

(Arkib 18-Oktober-2014)

MAKLUMAN - Iklan Kekosongan Jawatan Kontrak Di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Disertakan Iklan Kekosongan Jawatan Kontrak di Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

MUAT TURUN

(Arkib 27-Oktober-2014)

RUMUSAN - Majlis Dialog Belanjawan 2015

 

TUJUAN

Mendapatkan Input Dan Menetapkan Dasar Serta

Hala Tuju Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2015

Bagi Meneruskan Kecemerlangan Negeri Selangor.

 

OBJEKTIF

Menyediakan Platform Perbincangan Di Antara

Kerajaan Negeri Dan Rakyat Bagi Membangunkan

Ekonomi Negeri Selangor

 

Memberikan Pendedahan Kepada Rakyat Negeri Selangor

tentang Keadaan Ekonomi Semasa Dan Pelaksanaan Dasar Baru Dan

Sedia Ada Kerajaan Negeri; Dan

 

Menjalin Usahasama Dengan Pihak Swasta Dan Badan Bukan Kerajaan (NGO's)

Dalam Meningkatkan Mutu Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan.

 

RUMUSAN KESELURUHAN MAJLIS BELANJAWAN 2015

(Arkib 07-Oktober-2014)

Notis Penender Berjaya PWNSEL/DS01/2014

 

 

(Arkib 27-September-2014)

NOTIS - Sebutharga PWNSEL/DS02/2014

Sebutharga Bagi Perolehan 250 unit Lesen Perisian Antivirus Perbendaharaan Negeri Selangor

(Arkib 21-Julai-2014)

Notis Penender Berjaya PWNSEL/DT01/2014

(Arkib 10-Julai-2014)

Jemputan Kursus Pengurusan Kewangan - Financial For Non-Financial Managers 2014

Perbendaharaan Negeri Selangor dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mengadakan Kursus Financial For Non-Financial Managers yang dijangka akan diadakan pada bulan Mei 2014.

1.             Salinan Surat Jemputan Kursus

2.             Brosur Kursus

3.             Borang Permohonan Kursus

(Arkib 07-Julai-2014)

SURAT PEKELILING - SPP BIL.1 2014

Pindaan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 5 Tahun 2013 : Garis panduan penggunaan peruntukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Selangor

Muat Turun Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor

(Arkib 07-Julai-2014)

Surat - Langkah Penjimatan Dalam Perolehan Kerajaan

Had Nilai Pembelian Terus Bagi Bekalan Dan Perkhidmatan Dan Had Nilai Kerja-kerja Requisition

Muat Turun Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor

(Arkib 07-Julai-2014)

PEKELILING - PP BIL.4 2014

Garis panduan perbelanjaan secara berhemat bagi mengurangkan perbelanjaan awam

Tujuan untuk memaklumkan kepada semua Jabatan / Badan Berkanun / Agensi Negeri Selangor mengenai Pemakaian Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2014 - Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Awam.

MUAT TURUN PEKELILING

(Arkib 07-Julai-2014)

PEKELILING - PP BIL.3 2014 

Garis panduan penambahbaikan pelaksanaan skim mesra usia emas - fasa II

Tujuan untuk menetapkan garis panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor dan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Selangor bagi penambahbaikan pelaksanaan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) - Fasa II

MUAT TURUN PEKELILING

(Arkib 07-Julai-2014)

SOP - Kemalangan Kenderaan Jabatan

Prosedur Operasi Standad (SOP) berkaitan Kemalangan Kenderaan Jabatan untuk digunapakai dan dijadikan panduan oleh jabatan.

MUAT TURUN

(Arkib 07-Julai-2014)

NOTIS - Sebutharga PWNSEL/DS01/2014

Sebut harga Percetakan Buku-Buku Bagi Pembentangan Belanjawan 2015            di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor

(Arkib 18-Jun-2014)

PEKELILING - Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Dan Hasil Tahun 2015

Tujuan Pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memberi garis panduan kepada Pegawai Pengawal bagi penyediaan cadangan anggaran perbelanjaan mengurus, pembangunan dan anggaran hasil untuk tahun 2015 bagi jabatan-jabatan di Negeri Selangor.

 

Muat Turun Pekeliling Bil.2 tahun 2014

Muat Turun Lampiran

(Arkib 09-Mei-2014)

PEKELILING - PP BIL.1 2014

Garis Panduan Penyaluran Peruntukan Secara Pemberian Langsung

MUAT TURUN PEKELILING

(Arkib 09-Mei-2014)

Sebutharga - PWNSEL/DT01/2014

(Arkib 28-Mac-2014)

PEKELILING - Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Parlimen

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Ahli Parlimen dan Pegawai Daerah selaku Pegawai Pengawal mengenai penggunaan peruntukan tambahan bagi pelaksanaan projek-projek kecil, sumbangan kemasyarakatan, sumbangan kecemasan dan Program Mesra Rakyat.

Muat Turun Pekeliling Bil. 6 Tahun 2013

(Arkib 10-Mac-2014)

MAKLUMAN - Penggantian Model Kereta Rasmi Jawatan Kepada Model Terbaru Proton Perdana

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 22 Januari 2014 bersetuju untuk menerima pakai Surat Arahan Perbendaharaan Malaysia bertarikh 16 Oktober 2013.

Muat Turun Surat Makluman.

(Arkib 10-Mac-2014)

PEKELILING - Garis Panduan Penggunaan Peruntukan AMMKN dan ADN Selangor 

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua AMMKN dan ADN Selangor dan Pegawai Daerah selaku Pegawai Pengawal mengenai penggunaan Akaun Khas peruntukan AMMKN dan ADN di setiap Pejabat Daerah dan Tanah bagi memastikan pengurusan peruntukan ini adalah selari dengan prinsip keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Muat Turun Pekeliling Bil. 5 Tahun 2013

(Arkib 03-Februari-2014)

PEKELILING - Garis Panduan Perbelanjaan Berhemat 

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Jabatan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan Kerajaan Negeri Selangor mengenai garis panduan perbelanjaan berhemat bagi mengawal perbelanjaan Kerajaan Negeri.

Muat Turun Pekeliling Bil. 7 Tahun 2013

(Arkib 03-Februari-2014)

PEKELILING - Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Parlimen

Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada semua Ahli Parlimen dan Pegawai Daerah selaku Pegawai Pengawal mengenai penggunaan peruntukan tambahan bagi pelaksanaan projek-projek kecil, sumbangan kemasyarakatan, sumbangan kecemasan dan Program Mesra Rakyat.

Muat Turun Pekeliling Bil. 6 Tahun 2013

(Arkib 03-Februari-2014)

PEKELILING - Garis Panduan Pelaksanaan Rekupmen Skim Mesra Usia Emas

Pekeliling ini bertujuan untuk menetapkan garis panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor bagi pelaksanaan rekupmen Skim Mesra Usia Emas.

Muat Turun Pekeliling Bil. 4 Tahun 2013

(Arkib 03-Februari-2014)

PEKELILING - Penutupan Akaun Kerajaan Negeri Tahun Kewangan 2013

PP_032013: Pekeliling ini bertujuan untuk menetapkan garis panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua Ketua Jabatan bagi Penutupan Akaun Kerajaan Negeri bagi Tahun Kewangan 2013.

Muat Turun Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil 3 Tahun 2013

(Arkib 03-Februari-2014)

Makluman - Prosidur Baru Permohonan Kad Pintar

Adalah dimaklumkan bahawa GITN Sdn Bhd telah menamatkan perkhidmatan pembekalan kad pintar 1024-bit kepada pengguna SPEKS mulai 3 Jun 2013.

Maklumat lanjut sila muat turun surat makluman.

(Arkib 03-Februari-2014)

(Dikemaskini pada 2015-05-28 12:27:21)

Makluman - Penggantian Model Kereta Rasmi Jawatan 

Muat Turun Surat Makluman

(Arkib 28-November-2013)

SPEKS - Arahan Kerja Proses Permohonan Dan Pembayaran

Arahan kerja ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada pengguna bagi proses mengunci masuk maklumat permohonan pendahuluan AP 59 di peringkat PTJ.

Muat Turun Arahan Kerja AK - AP59 Permohonan Dan Bayaran 01032013

(Arkib 14-November-2013)

RUMUSAN - Majlis Dialog Belanjawan 2014

 Majlis Dialog Belanjawan 2014

Tarikh  : 23 - 24 September 2013 (Isnin - Selasa)

Tempat: Grand Dorsett Subang Hotel

 

TUJUAN 
 

Mendapatkan Input
Dan Menetapkan Dasar Serta Hala Tuju Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2014 Bagi
Meneruskan Kecemerlangan Negeri Selangor.

 

OBJEKTIF  

 

Menyediakan
Platform Perbincangan Di Antara Kerajaan Negeri Dan Rakyat Bagi Membangunkan
Ekonomi Negeri Selangor;

 

 Memberikan
Pendedahan Kepada Rakyat Negeri Selangor Tentang Keadaan Ekonomi Semasa Dan
Pelaksanaan Dasar Baru Dan Sedia Ada Kerajaan Negeri; Dan

 

 Menjalin Usahasama
Dengan Pihak Swasta Dan Badan Bukan Kerajaan (NGO's) Dalam Meningkatkan Mutu
Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan.

 

Muat Turun Aturcara Majlis

(Arkib 31-Oktober-2013)

SPEKS -  Kursus SPEKS Anjuran Institut Perakaunan Negara Di Seksyen Khidmat Perunding, JANM

Tarikh : 7 - 10 Oktober 2013
Tempat : Bilik latihan Seksyen Khidmat Perundlng,
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Aras 5,
Perbendaharaan 2 No. 7, Perslaran Perdana Presint 2,
62594 Putrajaya

Muat Turun Surat Makluman Kursus

(Arkib 31-Oktober-2013)

SPEKS - Makluman Cetakan Kew.8 dan Kew.320

SPEKS - Berdasarkan Arahan Kerja AK 0605 yang dikemukakan kepada tuan/puan , pihak PTJ dipohon untuk  mencetak Kew. 8 setelah proses semak dan lulus dilakukan di PTJ dan mencetak Kew.320 setelah proses semak dan lulus dibuat di peringkat Bendahari Negeri.

Sila ambil tindakan untuk mencetak dokumen-dokumen tersebut untuk rekod dan simpanan di PTJ kerana masalah yang berlaku telah dapat di atasi dan dibetulkan.

Terima Kasih.

Unit Gaji, Perbendaharaan Negeri Selangor.

(Arkib 30-Ogos-2013)

Pencapaian Piagam Pelanggan Perbendaharaan Negeri Selangor

(Arkib 31-Julai-2013)

Notis - Penender Berjaya PWNSEL/DS02/2013

(Arkib 31-Julai-2013)

Makluman - Taklimat Takaful CUEPACS Dan Luncheon Talk Bil. 05/2013 - Kerja Sebagai Satu Ibadah

Tarikh: 8 Julai 2013
Tempat: Bilik Mesyuarat Mawar Tingkat 9
Masa: 12.00 tgh - 2.00 ptg.
Semua Kakitangan PNS dijemput hadir

(Arkib 31-Julai-2013)

Makluman - Perubahan Bank Identification Code (BIC CODE) Bank Rakyat

Adalah dimaklumkan, semua bayaran kepada Bank Rakyat melalui Electronic Fund Transfer (EFT) hendaklah menggunakan Bank Identification Code (BIC CODE) - BKRMMYKL berkuatkuasa 24 Jun 2013.
BIC Code BKRMMYK1 yang sedia ada tidak boleh digunakan lagi dan bayaran akan ditolak oleh bank berkenaan.

(Arkib 31-Julai-2013)

ARAHAN -  Pembayaran Imbuhan Tahunan, Bantuan Dan Pemberian Khas 

Arahan ini bertujuan memaklumkan penggunaan OS 17000 dan OS 29000 bagi tahun 2013 dan OS 53000 bagi tahun 2014.

 Muat Turun Surat Arahan

(Arkib 3-Julai-2013)

ARAHAN - Program - Program Di Bawah Jawatankuasa Tetap (STANCO)

Adalah dimaklumkan bahawa program-program di bawah Jawatankuasa Tetap (STANCO) yang hendak dilaksanakan menggunakan peruntukan Pembangunan perlu mendapatkan pengesahan bertulis Seksyen Agihan dan Pembangunan, UPEN sebelum dikemukakan kepada Perbendaharaan Negeri.

 Muat Turun Surat Arahan

(Arkib 3-Julai-2013)

Makluman - Notis Sebutharga PWNSEL/DS02/2013

(Arkib 3-Julai-2013)

 Notis - Penender Berjaya

(Arkib 3-Julai-2013)

Makluman - Notis Pembatalan Sebutharga

(Arkib 13-Jun-2013)

Sesi Perkongsian Ilmu Bil. 2/2013

Tarikh: 14 Mei 2013 (Selasa)
Masa: 2.30ptg
Tempat: Plenary Hall, Tingkat 1, SACC, Shah Alam

(Arkib 11-Jun-2013)

SPEKS - Pindaan Arahan Operasi SPEKS Bil. 2/2012 

Pindaan Arahan Operasi SPEKS Bil. 2/2012 - Pindaan Format Dokumen Kewangan SPEKS.

Surat Arahan Pindaan Operasi SPEKS

(Arkib 11-Jun-2013)

Pekeliling - PP 02/2013: Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran Perbelanjaan Tahun 2014

Tujuan Pekeliling ini adalah untuk memberi garis panduan kepada Pegawai Pengawal bagi penyediaan cadangan anggaran belanja mengurus, pembangunan dan anggaran kutipan hasil untuk tahun 2014 bagi Jabatan - jabatan di Negeri Selangor.

Muat turun Pekeliling PP 02/2013

(Arkib 11-Jun-2013)

Makluman - Pemakaian Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2013

Kontrak Pusat Bagi Membuat, Membekal Dan Menghantar Sampul Surat Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Semenanjung Malaysia

Muat Turun Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (menerusi Laman Perbendaharaan Negeri Selangor)

Muat Turun Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (menerusi Laman Portal Kementerian Kewangan Malaysia)

(Arkib 01-April-2013)

e-FILING - Khidmat Kaunter 'hands-on' perkhidmatan e-Filing

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan kerjasama Perbendaharaan Negeri Selangor bersama Bahagian Khidmat Pengurusan  SUK akan mengadakan khidmat kaunter  ‘hands-on' perkhidmatan e-filing kepada  kakitangan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

Kakitangan dijemput ke ruang legar SUK (lobi gambar) untuk mendapat maklumat, mendaftar atau mengisi e-filing masing-masing dengan bantuan kakitangan LHDN pada 2 dan 3 April 2013 dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Sila bawa bersama penyata pendapatan dan dokumen berkaitan.

(Arkib 01-April-2013)

NOTA- Taklimat Kesedaran Ke Arah Pelaksanaan Perakaunan Akruan

Berdasarkan hasil Strategic Reform Initiative (SRI) Public Finance Lab yang telah diadakan pada 21 Februari - 1 April 2011, menetapkan pelaksanaan Perakaunan Akruan bagi Kerajaan Persekutuan pada tahun 2015. Bagi Kerajaan Negeri pula, pelaksanaannya akan dilakukan pada tahun 2016.

Muat Turun Nota

(Arkib 29-Mac-2013)

PERINGATAN - Pematuhan Pengunaan Pesanan Tempatan Dalam Urusan Perolehan Kerajaan 

Surat Peringatan Kepada Semua Jabatan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah/Tanah berkaitan pematuhan SPP 04/2009.

Muat Turun Surat Peringatan

(Arkib 28-Mac-2013)

Pekeliling - PP 01/2013: Peruntukan Kenderaan Rasmi Jabatan Bagi Pegawai Gred 54 ( Bukan Ketua Jabatan )

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai peruntukan dan penyediaan kemudahan Kenderan Rasmi Jabatan (KJ) bagi Pegawai-pegawai Gred 54 bertaraf Bukan Ketua Jabatan di Jabatan Kerajaan Negeri Selangor.

Muat turun Pekeliling

(Arkib 28-Feb-2013)

 SPP 01/2013 - Pemakaian Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2011

SPP 01/2013: Pemakaian Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2011 - Peraturan Perolehan Perkhidmatan Perunding Bagi Projek Atau Kajian Kerajaan. 

Muat Turun Surat Pekeliling Perbendaharaan

(Arkib 26-Feb-2013)

 Surat Arahan - Pindaan Arahan Operasi SPEKS Bil 2/2012 - Pindaan Format Dokumen Kewangan SPEKS

Pindaan Arahan Operasi SPEKS Bil 2/2012 - Pindaan Format Dokumen Kewangan SPEKS

Muat Turun Surat Arahan

(Arkib 25-Feb-2013)

 Makluman - Arahan Pematuhan PP 6/2011 Dan SPP 2012

Arahan Pematuhan adalah berkaitan peraturan dan penganjuran bengkel/seminar/kursus.acara/majlis/upacara keraian yang dipertimbangkan untuk dilaksanakan di luar Negeri Selangor.

Muat Turun:
Surat Arahan Pematuhan
PP 06/2011: Garis Panduan Perbelanjaan Berhemah 
SPP 01/2012: Garis Panduan Perbelanjaan Berhemah    

(Arkib 10-Feb-2013)

Makluman - Surat Kelulusan Khas Bagi Meluluskan Permohonan Pengeluaran Direct Grant Dan Kelulusan Pembayaran Bagi Program Jawatankuasa Tetap (STANCO)

Muat Turun Surat Kelulusan

(Arkib 10-Feb-2013)

(Dikemaskini pada 2014-02-03 08:46:44)
Senarai Peserta Kursus Pengurusan Kewangan - Financial For Non-Financial Managers ( Siri 1 ) 
Kursus Financial For Non-Financial Managers anjuran Perbendaharaan Negeri Selangor dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan diadakan bermula pada 25 September 2012.
Peserta kursus yang terpilih adalah dipohon untuk melaporkan diri pada:
Tarikh   : 25 September 2012
Masa    : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Danau 6,
              Kota Permai Golf & Country Club
              Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam   
•1.             Senarai Peserta Kursus Siri 1
•2.             Senarai Peserta Kursus Siri 2 (akan dimaklumkan kelak)
•3.             Jadual Kursus
•4.             Borang Pengesahan Kehadiran Kursus
24-Dec-2012
 Jemputan Kursus Pengurusan Kewangan - Financial For Non-Financial Managers
Perbendaharaan Negeri Selangor dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UITM) akan mengadakan Kursus Financial For Non-Financial Managers yang dijangka akan diadakan pada bulan September 2012
1. Salinan Surat Jemputan Kursus
2. Brosur Kursus
3. Borang Permohonan Kursus
24-Dec-2012
SPEKS - Gangguan Capaian Sistem
Tarikh: 03 - 04 Oktober 2012
Masa: 08.00 pagi
Tujuan: Penyelenggaraan Prestasi Sistem SPEKS

Untuk makluman, Unit ICT Perbendaharaan dan pihak pembekal SPEKS sedang membuat trouble-shooting ekoran prestasi sistem yang tidak memuaskan. Sehubungan dengan itu, capaian akses daripada Jabatan dan PTJ mungkin akan terganggu semasa pengujian dijalankan.

16-Oct-2012

Kejohanan Golf Worldwide Holdings Selangor Masters 2012
Tarikh  : 5 - 8 September 2012 (Rabu - Sabtu)
Tempat: Kota Permai Golf & Country Club
25-Sep-2012
Majlis Dialog Bajet Negeri Selangor 2013
Tarikh  : 2 - 3 Julai 2012 (Isnin - Selasa)
Tempat: Grand Dorsett Subang Hotel
Urusetia:
Puan Zurina Abd Rahim - 03-55447360
Puan Noraidah Mohd Pol - 03-55447205
Muat Turun Dokumentasi:
 19-Sep-2012
PERCUKAIAN
KADAR-KADAR DUTI HIBURAN
PEJABAT TIMBALAN PEMUNGUT DUTI HIBURAN
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
BIL
JENIS-JENIS HIBURAN
KADAR DUTI HIBURAN
1.
Mesin-mesin Hiburan Eletronik (Simulator, Hi-Tech Machine, Juke Box & Cyber Cafe)
(i)  RM 7.50 sebuah / sebulan bagi mesin yang mengenakan bayaran kurang dari RM 1.00
(ii) RM 15.00 sebuah / sebulan bagi mesin yang mengenakan bayaran dari RM 1.00 ke atas.
2.
Snooker
RM 30.00 satu meja / sebulan
3.
Billiard Kecil
RM 15.00 satu meja / sebulan
4.
Gelanggang Kasut Roda / Roller Blade / Ice Skating
RM 200.00 - RM 300.00 sebulan            (Mengikut budi bicara TPDH)
5.
Karaoke / KTV  Lounge / Cafe
RM 100.00 satu bilik / sebulan              (Mengikut budi bicara TPDH)
6.
MTV / Laser Disk / Cineplex
RM 100.00 sebulan
7.
Live Muzik / Live Band
RM 150.00 - RM 350.00 sebulan         (Mengikut budi bicara TPDH)
8.
Music Machine / DJ Music
RM 100.00 - RM 150.00 sebulan           (Mengikut budi bicara TPDH)
9.
(i)  Disko / Music Machine
(ii) Disko / Live Music
(i)  RM 250.00 - RM 300.00 sebulan         (Mengikut budi bicara TPDH)
(ii) RM 300.00 - RM 400.00 sebulan(Mengikut budi bicara TPDH)
11.
Pameran di Kompleks / Tempat Awam
RM 100.00 - RM 200.00 sebulan  (Mengikut budi bicara TPDH)
10-Apr-2012
PERUTUSAN PENGERUSI KSKP
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Syukur  Alhamdulillah, dengan rahmatNya kita dapat menjalankan amanah dan tugas dengan penuh komited sebagai penjawat awam di Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS).
Saya berharap tradisi kerja yang harmoni dan penuh integriti sentiasa diamalkan oleh setiap kakitangan PNS. Sekadar mememetik salah satu Hadith di mana Allah s.w.t. amat menyukai dan menyayangi mana-mana hambaNya yang apabila melakukan sesuatu tugas dan tanggungjawab, akan melakukannya dengan cara yang terbaik dan berusaha pula dari masa ke semasa dan hari demi hari untuk memperbaiki lagi amalannya itu.
Saya juga melihat KSKP sebagai pemangkin ke arah mencapai visi dan misi serta moto PNS iaitu  "Sempurna dan Saksama" dan menjadi platform di antara kakitangan untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar ahli-ahli KSKP dapat melontarkan idea baru bagi melaksanakan program-program untuk ahli-ahli KSKP. Sesungguhnya KSKP adalah hakmilik setiap kakitangan di Perbendaharaan Negeri Selangor dan menjadi tanggungjawab setiap ahlinya untuk sama-sama menyumbang kepada kemajuan KSKP.
Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Y.B Dato Mohd Arif Bin Ab Rahman selaku Penaung Kelab dan En. Shamsul Azri Bin Abu Bakar sebagai Penasihat Kelab di atas segala sokongan dan dorongan yang diberikan kepada kepimpinan KSKP. Terima kasih juga kepada semua yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menerajui kelab ini bagi sesi 2011-2013 ini.
Sekian, terima kasih.
(SITI NOORLIZA BINTI MD. SALLEH)
10-Apr-2012
 SPEKS - Takwim Kursus SPEKS
10-Apr-2012
Pengiktirafan Persijilan Sijil ISO 9001 : 2008
Perbendaharaan Negeri Selangor telah diiktiraf Sijil Sirim ISO 9001 : 2008 pada 04 Januari 2010
picture 022.jpgpicture 023.jpg
25-Feb-2012
SPEKS: Borang Maklumat Pembekal
Makluman Format Borang Maklumat Pembekal Baru Bagi Sistem SPEKS. Format Borang Maklumat Pembekal Baru Boleh Dimuat turun di sini.
25-Feb-2012
(Dikemaskini pada 2013-03-14 08:29:04)

 
Jumlah Capaian : 161274
 

| Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian

Hakcipta © 2013 Perbendaharaan Selangor. Dibangunkan oleh Unit Komputer
Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 8 & GoogleChrome Atau Versi Yang Terkini Dengan Resolusi 1024 X 768