Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
PORTAL RASMI
PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR

Bahagian Pengurusan Kewangan

Bahagian Belanjawan

1. Bilakah pihak Jabatan boleh menggunakan peruntukan tahun baru melalui SPEKS ?

    Peruntukan tahun baru boleh digunakan oleh setiap Jabatan pada 1 Januari setiap tahun baru.

2. Bilakah permohonan Pindah Peruntukan boleh dibuat dan tempoh berakhirnya permohonan?

    Permohonan Pindah Peruntukan boleh dipohon bermula pada bulan Januari dan berakhir pada penutupan akaun .

3. Bilakah permohonan tambahan boleh dibuat?

    Permohonan tambahan boleh dikemukakan pada bulan Jun selepas Midterm Review.

4. Sekiranya peruntukan di bawah emolumen berkurangan, adakah Jabatan perlu membuat permohonan tambahan?

    Tidak, pihak Jabatan perlu membuat Pindah Peruntukan dari mana-mana kod Osol Jabatan. Sekiranya peruntukan Osol tidak mencukupi, pihak Jabatan boleh membuat permohonan peruntukan tambahan.

 

Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset

1. Kategori perolehan?

    i. Bekalan
    ii. Perkhidmatan
    iii. Kerja

2. Apakah Senarai Kaedah Perolehan Lazim?

    i. Panjar Wang Runcit
    ii. Kontrak Pusat
    iii. Pembelian Terus
    iv. Sebut Harga
    v. Tender

3. Kriteria Perolehan Melalui Sebut Harga?

    i. Bekalan / perkhidmatan (had RM50K - RM100K untuk Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan)
    ii. Kerja (had RM20K - RM200K) - berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan mempunyai PKK

4. Kriteria Perolehan Melalui Tender?

    Bekalan / Perkhidmatan / Kerja - melebihi RM200K setahun.

5. Bagaimana Pengurusan Aset Alih Kerajaan?

    Kerajaan persekutuan telah mengeluarkan satu pekeliling perbendaharaan Bil.5 tahun 2007 tentang Tatacara Aset Alih Kerajaan Negeri Selangor telag menngunapakainya dalam semua urusan mengenai aset alih.

6. Bagaimana Pengurusan Aset dari segi kehilangan?

    Laporkan kehilangan serta merta kepada Ketua Jabatan. Buat Laporan segera kepada pihak polis. Bagi tujuan pelupusan kehilangan, sila rujuk peraturan / Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.

7. Kaedah Pelupusan Kenderaan?

    Jabatan yang ingin melupuskan setiap kenderaan mesti mendapatkan perakuan pelupusan aset alih kerajaan (Kew.PA-16) dari pihak JKR Cawangan Mekanikal. Kemudian sediakan Laporan Lembaga Pemeriksa (Kew.PA -17). Tentukan kuasa meluluskan pelupusan. Setelah kelulusan diberi , laksanakan pelupusan mengikut keputusan. Kemukakan Sijil Pelupusan (Kew.PA-19) kepada Perbendaharaan dan akhir sekali, kemaskini Daftar Harta Modal (Kew.PA-2).

8. Pengurusan Stor / Inventori

    Semua barang yang disimpan dalam stor hendaklah direkodkan. Catatkan bilangan yang diterima dan dikeluarkan seperti bekalan pejabat.

 

Bahagian Analisa Pemantauan Dan Pinjaman Pelaburan

1. Apakah sumber-sumber utama pinjaman Kerajaan Negeri?

    Sumber pinjaman Kerajaan Negeri terdiri daripada pinjaman Kerajaan Persekutuan.

2. Siapakah yang layak memohon pinjaman?

    Semua anak-anak syarikat Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (dalam Negeri Selangor sahaja) bagi menjalankan operasi mereka.

3. Bagaimana proses pinjaman dilakukan?

    Semua permohonan pinjaman hendaklah mendapat ulasan daripada Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu sebelum dipanjangkan ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk mendapatkan pertimbangan.


  •