Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
PORTAL RASMI
PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR

Latar Belakang Perbendaharaan Negeri Selangor

logo pns anime2.gif

Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS)

 

Melalui Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959, Seksyen 52 (1) memperuntukkan:

“Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri; dan pelantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan”.

Seksyen 52(2)(c) pula menetapkan “Pegawai Kewangan Negeri” hendaklah menjadi pegawai utama yang bertanggungjawab bagi hal ehwal kewangan Negeri.

Berdasarkan peruntukan tersebut, Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) telah diwujudkan dan bertanggungjawab dalam tadbir urus kewangan Negeri Selangor berpandukan Akta Acara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan.

PNS berperanan menyediakan perancangan kewangan Negeri khususnya ke atas penyediaan anggaran hasil tahunan dan perbelanjaan awam Negeri Selangor selari dengan dasar-dasar yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

PNS juga bertanggungjawab memastikan tadbir urus kewangan yang baik melalui pengawalan bayaran dan memastikan rekod kewangan Kerajaan Negeri dan agensi-agensi di bawahnya diselenggarakan dengan sempurna dan mematuhi peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

Struktur organisasi PNS diketuai oleh YB. Pegawai Kewangan Negeri dan disokong oleh lapan (8) bahagian utama iaitu:

  1. Bahagian Belanjawan
  2. Bahagian Pengurusan Hasil
  3. Bahagian Analisa Pemantauan Pelaburan dan Pinjaman
  4. Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
  5. Bahagian Perkhidmatan Operasi Perakaunan
  6. Bahagian Naziran dan Khidmat Perundingan
  7. Bahagian Pengurusan Dana dan Terimaan
  8. Bahagian Khidmat Pengurusan

 

Dari Oktober 1966, seramai 13 orang Pegawai Kewangan Negeri telah mentadbir PNS. Mulai 1 Januari 2018, PNS diketuai oleh YB Dato’ Nor Azmie Diron sebagai Pegawai Kewangan Negeri Selangor.

 

 

Senarai nama mantan Pegawai Kewangan Negeri Selangor dari tahun 1966 hingga sekarang :-

 

BIL NAMA TEMPOH PERKHIDMATAN
1. YBhg. Encik Osman Bin Ali 17 Oktober 1966 ~ 31 Oktober 1970
2. YBhg. Dato' Abd. Rahman Bin Lebai Abas 15 September 1970 ~ 03 Mac 1977
3. YBhg. Encik Zainal Abidin Bin Haji Nordin 01 Februari 1977 ~ 01 Januari 1979
4. YBhg. Dato' Hj. Wan Puteh Bin Wan Mohd. Saman 01 Mac 1979 ~ 11 April 1986
5. YBhg. Dato' Haji Abdullah Bin Haji Kuntom 26 Jun 1986 ~ 02 Julai 1991
6. YBhg. Dato' Iskandar Dzakurnain Bin Badarudin 01 Ogos 1991 ~ 30 September 1993
7. YBhg. Dato' Mohd Aini Bin Haji Taib 16 Oktober 1993 ~ 13 April 1995
8. YBhg. Dato' Abdul Aziz Bin Mohd. Yusof 01 Ogos 1995 ~ 02 Ogos 2000
9. YBhg. Dato' Mohamad Adzib Mohd Isa 03 Ogos 2000 ~ 07 April 2004
10. YBhg. Dato' Hj. Mansur B. Ramli 08 April 2004 ~ 15 September 2006
11. YBhg. Dato' Mohd. Arif Bin Ab. Rahman 16 September 2006 ~ 31 September 2012
12. YBhg. Dato' Noordin Bin Sulaiman 01 Oktober 2012 ~ 31 Disember 2017

 


  •