Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
PORTAL RASMI
PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR
Carian Kandungan? Klik Sini!

Piagam

Perbendaharaan Negeri Selangor berjanji akan;

 1. Mengeluarkan Waran Am dan Waran Peruntukan tidak lewat daripada 31 Disember; 
 2. Memberi ulasan Perbendaharaan ke atas Kertas Ringkasan MMKN dalam tempoh 3 hari daripada tarikh penerimaan tertakluk kepada  kesempurnaan maklumat Kertas-Kertas MMKN berkenaan;
 3. Memberi keputusan Pindah Peruntukan Mengurus dan Pembangunan tidak lewat daripada 10 hari daripada tarikh penerimaan permohonan  tertakluk kepada kesempurnaan kertas-kertas permohonan;
 4. Memberi keputusan ke atas permohonan yang lengkap bagi mendapatkan pengecualian dari peraturan kewangan semasa dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima;
 5. Mengembalikan Wang Cagaran dan Duti Hiburan tidak lewat 14 hari dari tarikh permohonan diterima;
 6. Mengakaunkan penerimaan hasil dalam tempoh 5 hari dari tarikh penerimaan Penyata Pemungut;
 7. Menyiapkan cek dalam tempoh 5 hari bagi baucer yang sempurna;
 8. Memproses permohonan pinjaman bagi pertimbangan MMKN / MTES dalam tempoh 4 minggu;
 9. Menjawab pertanyaan/pemerhatian Jabatan Audit Negara mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara/ Arahan Perbendaharaan;
 10. Menguruskan pembayaran gaji bulanan kepada kakitangan Kerajaan Negeri berpandukan kepada tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara;
 11. Menyiapkan cek ganti dalam tempoh 5 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap;
 12. Memproses baucer pembayaran bekalan/perkhidmatan/kerja kepada pembekal tidak lewat 6 hari dari tarikh penerimaan invois dan tuntutan-tuntutan; dan
 13. Memproses permohonan pulangan balik hasil yang lengkap dalam tempoh 14 hari.


  •