Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
PORTAL RASMI
PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR
Carian Kandungan? Klik Sini!

Pelan Jabatan

1. Pelan Strategik Perbendaharaan Negeri Selangor

Pelan Strategik ini digubal untuk memastikan aspirasi dan dasar Kerajaan Negeri dapat direalisasikan melalui pengagihan hasil negeri secara efisien dan berhemat. Justeru itu, seiring dengan visi dan misi Kerajaan Negeri Selangor, PNS perlu menyediakan perancangan yang holistik bagi memastikan hasil negeri yang diperolehi dapat disalurkan untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Selangor. PNS telah mengambil langkah pro aktif dengan menterjemah perancangan ini ke dalam bentuk Pelan Strategik bagi tempoh 2016 hingga 2020.

 

2. Pelan Integriti Organisasi

Pelan Integriti ini digubal selaras dengan harapan agar pematuhan kepada undang-undang dan peraturan pentadbiran awam dilaksanakan bagi mencapai lima (5) tekad utama Perbendaharaan Negeri melalui strategi-strategi dan aktiviti yang perlu dicapai dalam tempoh lima(5) tahun dari sekarang.

 

3. Pelan Strategik Sumber Manusia

Pelan Strategik Sumber Manusia diwujudkan untuk memantapkan pengurusan sumber manusia agar efektif dan efisien. Justeru, Pembangunan Pelan Strategik Sumber Manusia ini akan memfokuskan kepada pengurusan sumber manusia sejajar dengan kehendak dan objektif pelan utama jabatan.

 


  •