Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
PORTAL RASMI
PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR

Perutusan YB PWN

Perutusan YB Pegawai Kewangan Negeri

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari portal rasmi Perbendaharaan Negeri Selangor.

Sejajar dengan visi Jabatan iaitu “Mengekalkan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Negeri Selangor”, Perbendaharaan Negeri Selangor terus komited mengorak langkah dalam meneraju tadbir urus kewangan Negeri Selangor. Perkara ini disokong dengan pelbagai inisiatif termasuklah pembangunan portal rasmi ini yang menyediakan pautan kepada semua perkhidmatan atas talian di samping informasi yang terkini khususnya berkaitan pekeliling, surat pekeliling dan tatacara kewangan yang berkuatkuasa.

Laman maya ini turut menyediakan ruang untuk memperluas dan meningkatkan libat urus bersama pihak berkepentingan yang berurusan dengan jabatan ini di mana pengguna boleh menyampaikan cadangan, aduan, pertanyaan dan maklum balas secara langsung samada menerusi emel atau secara atas talian.

Akhir kata, saya berharap portal ini bukan sahaja menjadi sumber rujukan dan informasi yang boleh dimanfaatkan sebaik mungkin bahkan juga turut menjadi satu medium terbaik bagi memperoleh  maklumbalas terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Selamat melayari portal rasmi Perbendaharaan Negeri Selangor.

Sekian, terima kasih.

 

YB. Dato’ Nor Azmie Diron

Pegawai Kewangan Negeri Selangor


  •